20120529

Wimpi

Semalam aku mimpi.

Aku mandi sungai belakang rumah, sedang inzal layan perasaan mandi sungai, aku ternampak seekor ular sawa di permukaan air.

Aku dengan penuh azam berenang sampai ke tebing.
Aku sampai ke tebing, aku tengok Adi sedang  feel sorang sorang buat backstroke di tepi tebing.
Tak sampai lima minit, kaki Adi kena belit dengan ular sawa. Panjang ular tu. Panjang gila.
Entah dari mana tiba tiba aku pegang kayu yang depannya tirus, aku cucuk cucuk badan ular. Terputus. Adi selamat.

Lepas tu aku terjaga.
Habis sudah mimpi aku semalam.
Bye.


20120501

What world should hoped


Ini bukan main idea untuk entri gua, tapi gua ucapkan juga atas dasar golongan mereka ini sebenarnya perlu diraikan lebih dari meraikan hari raya. Mereka yang bersusah payah, kena maki hamun, basah kuyup, panas terik untuk majukan negara.

Selamat Hari Pekerja gua ucapkan kepada lu orang. Sebenarnya gua tak sepatutnya dapat cuti, seba gua bukan pekerja tapi disebabkan gua belajar dari orang yang bekerja, dan hari ini adalah hari cuti khas diorang, gua pun kena tempias cuti. Nampak tak sadis tak sadis gua? Gua terpaksa bercuti. Pundek

Masuk hari bekerja baru gua perasan gua ada masa setahun saja lagi sebelum masuk  ke alam bekerja. Dah nampak dah tu yang umur gua lebih ke menambah bilangannya, dan terasa diri ni lebih ke arah kebapaan gitu. 


video ni main entri gua.

This Is What Mankind Should Done.


Berita lain.

Gua jugak menulis untuk blog #MangkukTingkat. Hasil kolaborasi bersama tujuh sapiens yang nokharom punya power dalam dunia blogger. gua? gua hanya penulis part time dan junior junior di situ. :)

Dan

Gua jugak menulis untuk #sindiketkomrad. Blog yang baru seminggu dilancarkan bersama lima blogger celaka punya power di situ. Blog berkisarkan tentang cerkot, cerpen dan kispen bertema.



bila dah menulis untuk group blog gua rasa dah naik lemau nak taip dalam blog personal. Perasaan bangga diri tu jadi makin celaka. Babi.




20120427

Pet baru Budin


Satu pagi jumaat.
Gua pi rumah Budin,  jarak dalam selang tiga biji rumah camtu. Tapi tipikal rumah kampung lah, dua tiga biji rumah tu jarak macam satu block rumah kedai. Sampai ja di rumah, terus gua menonong masuk bilik dia. Mak Kiah ( emak tiri Budin) yang tengah sidai baju sambil berkemban dengan kain batik paras dada gua buat  endah tak endah, malas gua nak usha lebih lebih stok lama ni.

Masuk ja bilik, terbongkang hamba Allah ni atas katil. Sial. Semalam dia beriya iya mintak gua datang rumah sebab nak tunjuk pet dia yang baru ke gua. Budin ni dah kahwin, tapi mana hilang bini dia itu jam gua tak sure, atau mungkin yang tengah bekemban tadi bini dia. Kalau betul tadi bini dia, memang gua telah terlepas pandang satu kecantikan dunia. 
Budin ni macam gua jugak, suka bela binatang. Itu semua mungkin sedikit sebanyak dipengaruhi oleh aliran darah dalam badan gua dan badan dia dimana bapak dia bela kambing dan bapak gua bela lembu dulu.
Sudah gua hentak kepala dia ke dinding dua tiga kali, baru terjaga dek Budin ni dari lamunan mimpi. 
Tak cakap banyak, penampar memang melekat tepat di pipi gua sebaik saja dia bangun, sebagai tanda ucapan terima kasih mngkin.

+ Mana pet yang hang nak tunjuk aku? 
- Sini haa. *sambil angkat cage kecik kaler pink dari bawah katil.

Kami beredar ke ruang tamu. Tak manis sebenarnya nak lepak dalam bilik kelamin ni. 


+Huyoo, bela tikus sekarang noh. Hang jangan over sangat Din, tikus ni orang bunuh, bukan bela dalam sangkar.
-Bodoh natang ni, belajar saja di universiti.Ini Genuine Pig! *Budin cakap dengan postur badan sedikit  tegak, mendada barang kali. Tanda bangga.


+Sure ke ni? *Dahi berkerut. Gua macam tak percaya apa dia cakap.
- Sure ar. Aku baru beli dua hari lepas dengan bini aku. tapi aku rasa bini aku tu takut, sebab dia taknak sentuh langsung. Biasalah, tipikal perempuan. Aku setiap masa belai Ciko (nama Genuine Pig). Makan pon aku letak dedak  atas tapak tangan, dia datang makan. *Berkobar Budin story tentang pet baru dia.

+ Bodoh lah hang ni. Hang tu Islam. Lain kali kalau nak beli binatang tu, tanya aku dulu, bukan nampak kiut ja main sambar. Hang dah kena kencing hang tau dak? Aku ni inggeris tak pandai sangat, tapi kurang kurang aku power dari hang. Tengok pada nama aku dah syak ada yang tak kena.Genuine Pig tu bahasa Orang Kristian, bahasa Melayu nya Babi Asli.. Hang bertobat lah Din. Baik hang pi samak cepat cepat, takut nanti tak sempat solat Jumaat. *Aku rasa aku kena bertegas dengan Din, aku tak mau lagi dia terus sesat.


Budin bangkit dari kerusi, ambil cage dan berlalu perlahan ke dalam bilik kelamin. Tak ada kata kata yang aku dengar. Pintu bilik ditutup kemas.

- Babi!!!! *kuat bunyi Budin sebut, disusuli satu perkataan lain di belakang, tapi aku tak sure bunyi dia antara 'bangang punya kawan' atau 'bengang aku tak tanya kawan'.  Aku rasa dia kata bengang aku tak tanya kawan. Mungkin dia menyesal tak tanyakan aku dulu. Budin Budin~


*why so serious. Chill.