20120131

.

Nak masuk bulan Februari. Masuk bulan baru, masuk tahun baru, mood wa nak buat entri mesti jadi macam ni. Dah jadi lemau. dah jadi makin gampang. Dah berapa banyak blog wa terbiar. Lama kelamaan di padam. Tak kan lah nasib cabuk macam tu gak.

Mood yang rasa tak daya nak update isi cabuk.

Mungkin wa jenis orang cepat jadi bosan.

20120130

blogwalking failed

Hai.

Apa dengki google ni dengan wa tah.
Setiap kali wa blogwalking mesti sampai ke blog adik-adik umur nak ambik pmr. Siap dengan lagu korea sambut kedatangan wa ke blog.

Da tu memang komfirm lah diorang akan anggap wa ni blogger looser. Diorang tak faham apa wa tulis.
Wa sendiri pon selalu tak paham apa wa post. Macam yang lu orang baca sekarang ni lah.

20120129

Bidin



Bidin ni membe kampung wa. Bukan membe rapat, tapi membe kampung. Membe rapat bukan, Bidin ni membe kampung. Wa tak rapat mana pun dengan dia. Wa selalu lah lepak dengan dia  tiap kali balik dari unibesiti, tapi dia bukan membe rapat, dia membe kampung wa ja. Lu orang paham tak apa wa cuba terang kan ni? Dahla, abaikan.

Bidin baru saja menikah. Untunglah dia, bini cun, mentua sempoi, dia ja yang tak hensem sangat. Bukan wa nak rasist, tapi wa memang nak bahan dia gak. Lagipun dia bukan tau wa duk bahan dia dalam ni, buta IT habis.

Tak sangka pulak wa dia boleh kahwin awal dari wa. Dulu selalu duk lepak sekali dengan wa, pi stadium, tengok bola. Mungkin sebab dia 3 tahun tua dari wa kot, sebab tu dia kahwin awal dari wa. Entah la. Malas wa nak pikir. Papa pun wa harap dia bahagia dengan wife dia. 
*Din, kalau lu baca blog wa ni, wa nak pesan sudah-sudah lah main mainan tangan tu. Lu dah dewasa da bro.



*dulu dia cakap wa kacak, wa ingat dia gay. 




20120127

Review blog

Kalau wa ada iklan nuffnang dengan fan page wa rasa wa dah boleh jadi retis blogger lepas tu masuk tibi tiga, lepas tu keluar metro ahad, then mesti dapat keje di syarikat publication. Wa rasa lah kan.

Sebab blog wa ada review dari blog Niza Romli. Yang wa kurius di sini apahal post dia lagi banyak orang like dari post-post wa? Lu pakai cheat ke kak. Ke hack? konpius wa

*Papahal pon wa cuma nak ucap tenkiu ja kat beliau. :D



crush wa da merajuk wa lewat reply msg. bai.

Novel

Lu cakap lu player,
Rambut lu nak macam korea,
Dengan awek lu genggam tangan erat,
Pakai G-Shock ori lak tu,

Tapi lu beli novel cinta jugak, bagi wa lu tak cukup cool. Beli guna baucer 1Malaysia pulak tuh. Tak style langsung.

20120126

5 sentimeter

Aku bukanlah dari keturunan yang dipandang tinggi bagi golongan manusia. Mungkin kerana aku tidak dibeli di sekitar butik-butik mahupun kedai bundle dan juga kedai 1 Malaysia. Mungkin, tahla. Akan tetapi, suatu yang pasti bagi golongan manusia yang wujud di zaman modenisasi ini ialah mereka sangat memerlukan diriku. Boleh kata hampir semua golongan manusia tak kira dari golongan bawahan yang selalu di tekan hinggalah ke golongan vvip yang selalu menekan. Mungkin.

Tapi keberadaan aku di satu-satu tempat boleh dianggap kurang menyenangkan bagi sertain golongan mengikut sertain masa kejadian. Yang pasti, golongan yang sememangnya bencikan aku adalah golongan rempit. Ya, rempit. Golongan yang bagi aku sangat unik kerana mempunyai kemahiran untuk mengubah suai motosikal yang  mempunyai had maksima kelajuan 110 km/ jam meningkat sehingga 220 km/ jam. Mungkin engineer Honda dari Jepun pon akan kagum dengan kemahiran anak tempatan Tanah Melayu. Mungkin.

Kenapa golongan ini tidak menyukai aku? Apa yang pasti, kekuatan yang aku ada melebihi kekuatan lampu traffik yang punyai tiga warna yang sememangnya aku fikir golongan ini tidak tahu makna ketiga-tiga warna itu dan apa tindakan pabila setiap warna bertukar. Jika ada aku di situ, maka tidak adalah lumba haram di sekitar kawasan itu.

Golongan kedua yang sememangnya tidak menyukai aku adalah golongan yang rushing untuk ke destinasi. Rushing di sini mungkin rushing untuk ke tempat kerja, ambulans yang sedang bawa pesakit dengan kelajuan optima, budak sekolah yang bergegas balik untuk tonton kartun dari produksi tempatan dan juga kau yang tengah tahan kencing dan perlu bergegas balik untuk ke tandas. 

Selalu aku di maki hamun golongan-golongan ini. Aku tak berniat untuk melewatkan mereka ke destinasi, aku hanya menjalankan tugas hakiki ku yang tidak diberi sebarang ganjaran seperti golongan manusia. Aku berada disitu atas kehendak penduduk setempat dan aku pasrah dengan apa yang timpa diriku. Panas, petir, hujan, motosikal, fixie, lori yang bawa gas, kereta waja. Semuanya. 

Kerana aku hanyalah bonggol jalan setinggi 5 sentimeter.


Blogpress


Hari yang wa tunggu-tunggu dah pun tiba. Dapat jugak wa jailbreak ipad2 ios5.
Ada setengah pihak cakap bila jailbreak ni rugi sebab ipad akan hilang dara. Wak lu hilang dara. Bukan nya orang.

Yang wa tau, apel sendiri rasa terancam bila ramai orang guna jailbreak untuk produk apel sampaikan apel nyatakan siapa yang buat jailbreak akan void warranty dari apel.



*jailbreak macam hack. Lu nak tau lanjut, lu gi tanya lebai google.

- Posted using BlogPress from my iPad2

20120125

Solo



Lu ingat solo tu apa. Single? Lu silap.

Mak wa cakap solo tu loghat kampung bermaksud macam riki anak dara orang untuk buat calon menantu. 

Bukan wa yang cakap, mak wa yang cakap. Betul.


Lu tak caya sudah!


*dengan crush wa pon mak ayah wa solo di fesbuk.

20120124

Vannessa Hudgens

Malam semalam wa on ym wa. Entah camna Vanessa Hudgens boleh add wa. Wa rasa mesti dia tersilap add kot. Wa pun malas nak ambil port benda-benda camni, wa approve ja.

Lu orang jangan cakap lu tak kenal Vanessa Hudgens. Wa boleh cakap dia antara awek hollywood yang masuk dalam kategori seksi habis. Biasalah, awek matsaleh kan, hidung nak mancung, peha nak kurus, tinggi nak 1.8 cm ke atas ja. Boleh cakap high rate jugak la kalau dalam porn industry. Wa pun dulu tak kenal sangat dia nie, tapi wa rasa dia famous pun lepas gandingan dia dengan Zac Efron dalam filem High School Musical meletup. Wa rasa diorang pernah kapel dulu,  sekarang wa taktau la. Tak suka sangat gosip-gosip ni.

Tak sampai 5 minit wa approved dia, terus dia sapa wa.

"Hi, thank approved me. :D"   -Vanne   *time ni wa dah jadi tak keruan dah, belum sempat wa sapa dia, dia lagi awal sapa wa. Tapi wa still control macho

" Oh hi, your welcome :D"  - Abdol  * wa reply siap dengan smiley sebab nak nampak lagi cool. 

" If I'm not mistaken, your name Abdol right?"  -Vanne   *Terkesima sekejap, macam mana dia boleh kenal wa.


"Er... yeah.. it's me..but how you know my name?" - Abdol   *Wa betul-betul konpius time tu, rasa cam mimpi pun ada.

"Ouh, I know you. I'm actually always followed read your blog. Your blog 'cabuk' really good. I'm enjoyed it. hehe."  -Vanne

"Oh my~ hehe.. I never know hollywood actress also read my blog. It's actually just a simple blog about my normal daily life, nothing else. hehe" -Abdol  * Lu dapat bayang tak time ni, wa dah betul-betul happy gila, terus ada taman di hati. Tapi wa still control macho wa.

" Erm... btw I heard you already break-up with your lover, I'm sympathy with you Abdol, chill okay. :)" -Vanne      *Tak sangka wa, dia siap amek tau hal peribadi wa lagi, caring jugak orangnya si Vanne ni. Belum sempat wa reply, dia send lagi msg kat ym wa.

"Actually Abdol, I think I'm in love with you. I'm started like your style. ^-^"  -Vanne  * Biar betul dia ni. 

"Erm..well actually it is right I'm already break up with my lover, but last night we continued our relationship because I am love her deep in my heart. I'm sorry Vanne, and don't worry, you are beautiful and there are many other peoples suitable with you. :)" -Abdol   *wa harap dia faham. wa bukan tak nak dia, tapi nak ke dia bermadu dengan crush wa. Lagi satu, tak mampu la wa nak speaking setiap kali dengan dia. Wa spm pun B3 ja.

"Oh really?..erm, Okay Abdul, I'm Understand. I wish you happy with your lover. :') -Vanne

"Err Abdol, Seman is your buddy right? Actually if I doesn't get you, my second choice is Seman. He also looked suite to me. Just tell him that I'm says Salam to him <3 "  -Vanne   *Seman? Siap dengan smiley heart? Wadefak! Kenapa Seman? Seman mandi pagi pun jarang.  

"Fuck you!"  -Abdol   *Wa rasa dia tak sempat baca apa yang wa send tadi, sebab time tu dia dah pun offline.  


inilah si Vannese tu
*wa harap lu orang maafkan grammer wa. Biasalah, spm pon B3 ja.

20120123

Happy Chinese new year

Selamat Hari Raya Cina. Selamat Tahun Naga Cina.

Itu ja yang wa nak update. Tak update nanti kata tak 1 Malaysia lak. 
Ramai pulak yang marahkan wa. 
*walaupun takda sekor yang baca blog wa.
babi


cinta abdol

Nota chenta.


Wa lelaki yang baru saja break up dengan crush wa. Semua post di twitter dia buat wa rasa bersalah. Entah betul entah tidak apa yang wa buat ni. Orang- orang sekeliling ramai yang salahkan wa dan bagi sokongan untuk dia.

Semua anggap wa useless. 

*aimissyou. seriusly.

20120122

basuh guna air

ilmu untuk seman



"Kenapa wa cuci dengan air selepas berak....Sebab wa rasa bersih guna air" -abdol

".....abis tu ang nak kata mat saleh cuci guna tisu tak bersih?" -seman

"..tah.. apa kata lu try berak, lepas tu lu ambik tahi tu calit di tangan..lepas tu lu ambik tisu tandas lap tangan ang...nak valid lagi lu terus ambil makanan guna tangan tu..." -abdol

"...ang ni babi lah.. contoh gampang!.." -seman



20120121

Baucer buku

Wa dapat baucer buku rm 200! Muka batak


Orang lain sibuk trade baucer yang kerajaan Tanah Melayu bagi dengan wang tunai, tambah-tambah bila dapat baucer tu dekat cuti semester, tapi wa tak, sebab wa punya impian lain.

Dapatlah wa beli buku original buat pertama kalinya sejak bergelar pelajar unibesiti. Lepas ni tak malu lah nak bawak buku genuine keliling kampus walaupun wa bukan pembaca tegar buku akademik atau buku lucah.

20120120

berak

Salah satu benda paling fak bila berak, lepas tu air tak ada nak cuci.
Memang pucat muka nak cari jalan settlekan natang tu.

Tambah-tambah lagi bila time tu berak cirit. Memang sial abis.


*based on true story.

20120118

rumahsewa aku

Wa suka tengok drama Dingin Lavenda. 


Heaven-nya tiga awek tu, satu rumah duduk tiga orang saja. Satu soalan wa untuk yang baca entri ni. Memang student unibesiti yang study di oversea satu rumah tu duduk dalam  tiga empat orang?

Wa yang bergelar student unibesiti awam ni, satu rumahsewa ada dalam 10 orang hosmate. Tidur beralaskan tilam, tak ada pulak katil.


*Mesti tuan rumah wa kencing kami 10 orang. Wa dah syak dah benda ni.


20120115

opening tak grand

entri pertama wa. Dalam blog baru.
Blog lama? kena banned dengan google babi atas alasan wa guna coding yang harm. 

Sial, nak pilih nama blog pun setengah jam pikir. Nama nak yang gempak ja.

*Malas nak cakap banyak, sekarang wa nak banyak taip lak. babai