20120226

medical-check-up

Satu hari wa masuk hospital. Bukan wa sakit dan jauh sekali nak melawat orang sakit. Wa pergi sebab nak buat medical check-up untuk masuk unibesiti. Wa tak pergi sorang. Jangan harap wa nak pergi tempat pelik tu sorang diri.

Akak wa yang temankan wa. Sebab akak wa kerja misi. Wa dah check blood pressure, dah check mata, bmi, dan x-ray. Tinggal satu station lagi, di tingkat dua. Akak wa petua wa naik tingkat dua, jumpa misi di satu kaunter dan cakap nak buat urine-test. Babi apa urine-test time tu wa tak tau.

Sampai tingkat dua, wa tengok ada sorang misi di kaunter. Kecik, molek, putih gebu. Terus terbayang actress filem porn. Fak. Kontrol kontrol

Wa pegi ke kaunter, wa cakap nak buat urine-test. Kemudian misi kiut bagi wa satu cup kertas kecik then tunjuk tandas lelaki. Wa bingung.

On-the-way ke tandas, wa tengok ada sorang brader lalu sebelah wa bawak cup yang sama bentuk, dalamnya diisi cecair kuning. Wa jadi tak sedap hati. Tapi wa rasa wa tau apa benda tu.

5 minit berlalu.
Wa keluar dengan urine wa, wa letak di kaunter, wa terus beredar. Wa mintak akak wa ambilkan result.

Plan wa nak ngorat misi kiut berkecai. Wa tak nak bibik percintaan kami berputik dengan adegan wa bagi cup urine wa kat dia. Gila tak awesome.
Apa wa nak cakap kat anak-anak kami kalau diorang tanya camna daddy dengan mummy diorang boleh kenal.

20120224

Jeriji besi

Dulu waktu wa kecik kecik, wa dalam kategori nakal. Wa dari kampung, rumah kampung wa dari kayu dan bukan simen.  Rumah kampung dulu dulu selalunya tinggi tinggi. Nak masuk rumah kena naik tangga kayu.

Setiap kali wa nak keluar rumah, wa akan terus skip anak- anak tangga yang ada sebab wa akan terus melompat dari atas ke bawah. Sampai saja di tanah, terus wa bergolek forward roll ala ala hero.

Dan otomatik baju akan kotor dengan kesan tanah. Habuan pelempang dah biasa sangat sebab adegan macam tu. Nak larang tak da kesan, sampaikan mak wa fedap dan terus tak peduli.

Satu hari, wa cuba satu lagi aksi berani. Wa decided terjun dari tingkap rumah ke bawah. Wa berhasil, wa puas. Tak semena, hinggap satu rotan ke kaki. Air mata mengalir.

Wa tanya ayah kenapa dia rotan, dia tak cakap. Wa bingung. Lepas hari tu, ayah terus masukkan jeriji besi di tingkap. Wa syak ayah tahu ada orang cuba nak pecah masuk rumah wa.


20120223

Monolog dua

Result periksa wa untuk semester tiga dah keluar.
Medan facebook, twitter, dan juga blog melimpah ruah dengan post post berkenaan keputusan yang mereka  mereka dapat. 

Rata rata coursemate wa semua dapat keputusan membanggakan , walaupun ada yang tak tak dekan , tapi rata-rata keputusan mereka jika dibandingkan dengan semester tiga diploma, semeter tiga degree jauh lebih baik.

Berpusu-pusu timeline twitter dan juga facebook silih berganti antara satu ucapan, ke satu ucapan tahniah yang lain. Semua nya sudah berubah. Semua sudah maju jaya. Ataupun sedang ke arah maju jaya.

Wa? result wa juga berubah. Keputusan wa bukan warna beterbangan.
Perubahan yang buat wa fikir sekali lagi berkenaan keputusan sambung belajar. 
Perubahan yang tidak pernah di impikan siapa siapa yang bergelar pelajar.

Orang mencanak, wa merudum.

Depressed?
Perkataan tu buat wa membabi sesuka hati. Persetankan saja perkataan itu.
Wa still sama, kekal di hujung blok lari dari dunia sebenar, masuk dalam dunia sendiri.
Memang itulah sebabnya wa saikopath.

20120222

telepon

Kringgg... Kringg.... Nokhorom, nada phone siapa tu? gila antik. Kedekah ramai ramai gelakkan wa.
Niat hati nak angkat phone dari kocek seluar pon jadi berat. Babi punya membe. Lu bahan wa tak hingat dunia akhirat. Tuih

*****

Setiap kali lepak dengan membe membe, wa akan keluarkan phone wa, dan terus letak atas meja makan, disusun rapi sebelah kotak mild seven. Dan setiap kali tuh jugak lah wa akan kena bahan bertubi tanpa dibalas. Abaikan perihal wa mangsa buli.

'Phone ko ni kira up-to-date sikit lah dari nokia 3315, bukan lagi tahap baling anjing sebab phone ko ada satu function unik. Iphone aku, Samsung Galaxy s II si Min, dengan Blackberry Udin pun tak da fungsi macam phone ko.'

Time tu wa dah rasa lega hati sikit dengar membe wa pertama kali support wa. Terasa macam nak belanja diorang makan malam tu jugak. 'apa function phone wa wei?'

'Phone ko ade torchlight!' kedekah bergoyang meja dengan gelak tawa diorang.

'Babi'.

Air teh O ais limau dalam gelas habis disedut tanpa banyak bercakap dengan harapan diorang akan buka topik baru.

Wordless wednesday 2








- Posted using BlogPress from my iPad2

20120220

lesap

Pang!!
Pintu di tutup rapat, kemas, tanda marah.

Tadi bersepah idea nak menipu dalam ni.
Online ja, terus hilang.
Fak.

Selalu jadi macam ni kat wa.

Mesti sebab Puan Maryam the Hotters layan sinetron hingga lesap idea wa.


*Siapa Puan Maryam the Hotters? beliau emak wa.

20120218

satu hari

Sejak dua lapan menjak, wa tengok mak wa makin berseri, ayah wa makin kacak, akak wa sudah nampak sedikit kembung di depan, begitu jugak dengan abang ipar wa. Mungkin mereka pasangan bahagia. Lantaklah diorang.

Wa pula masih lagi dalam dunia wa sendiri. Tiap hari layan 'where's my water?' dan sepak terajang kotak P1 Kimak sampai wa rasa wa dah cukup bersukan untuk hari tu.

Hari ni hari baik, wa rasa ceria sikit, tak banyak, tapi cukuplah untuk buat wa lupa hal duniawi kejap. Wa cari rokok. Walaupun tiap hari wa berazam untuk stop smoking sebab takut akan menyebabkan muka wa berjeraawat. Tapi semua tu hanya teori palsu si kaki kencing, wa tetap percaya dengan pembelian rokok wa dapat tingkatkan ekonomi negara yang sedang bangun ni.

Wa on ym, ternyata banyak friend request pop-up ke skrin yang tunggu wa untuk comfirm kan. Wa rasa suka, ramai yang nak berkawan dengan wa, begitu jugak friend request dari facebook, mungkin disebabkan selepas wa tukar default picture lama gantikan dengan gambar sendiri.

5 minit berlalu.

Shemale Aida: Hai handsome :D boleh kite kenal?
jgn lpa add i di fesbuk ye.

Wa: Fak. Wa takmain jantan.

offline


*lepas saat tu, hidup wa sepanjang hari kembali moody. Pintu bilik dihempas kuat.
Tapi wa yakin dia jujur cakap wa handsome. Wa akui.

20120215

wordless wednesday 1




mereka mungkin cuba 'benda' baru

20120213

Ulasan mereka.


Well. Everyone must have experienced break off from relationship between your boyfriend or girlfriend, right?

Fak.
Masih tak menjadi. Wa ingat bolehlah nampak style buat intro dalam bahasa omputih. Tahi 

Okey, wa rasa semua orang maybe pernah rasa putus cinta, tak kira lah lu putus time lu kapel tiga hari, tiga minggu, tiga tahun atau satu bulan. Wa rasa semua orang tak lepas dari rasa benda ni. Benda? abaikan

Perasaan sakit, frust, benci, sayu, rasa macam nak makan dinding rumah, semua ada. Nangis? dah jadi benda wajib wa rasa, macam perencah untuk masak nasi goreng.

Kadang-kadang kita tak tahu nak buat apa bila dah jadi macam tu. Nak salahkan ex? nak salahkan diri? nak salahkan keadaan? nak salahkan takdir? nak salahkan tuhan? *baca nada serius

So, disebabkan wa pernah buat survey masa belajar dulu-dulu, wa pun buatlah survey tentang natang ni dari beberapa buddy blogger wa.

*****

El: Aku rasa aku akan terus makan megi kari sambil layan Patrik.

Kak Niza: Akak tak tau nak habaq camna. Akak rasa akak akan pergi PT [read =physical training] pakaian half loreng kot.

Peah Gelemer: Aku rasa aku akan terus perah otak fikir tentang keberangkalian pokok limau tumbuh dalam perut aku.

Wawa : i don't know. Maybe i will keep update my twitter at same time think how to smack pakgad at shopping mall.

Fikhri: Aku akan terus melucah dalam blog. simple

Anis: aku rasa aku akan terus habiskan duit beli novel kut. Takpun sibukkan diri tolong ayah di kedai.

Abdol: wa rasa wa akan terus layan youtube kot. Takpun belajar masak.

*****
Wa malas nak judge. Diorang bagi jawapan ikhlas tu. Satu perkataan yang wa jumpa, wa rasa boleh pakai:

'Kembali padaNya walau apa pun berlaku. Cintailah, tapi jangan melebihi cintakan Dia. Berdoa kepadaNya, janganlah merayu pada hambaNya.'


20120209

Bangang

Lu memang bangang!

Dalam YouTube lu orang maki-maki mamat Indon, lu orang cakap Indon itu ini, tapi hakikatnya pukul 2 petang tiap hari Isnin - Jumaat lu anak beranak melangut depan tibi layan sinetron Indon.

Lu cakap hisap rokok tu bahaya untuk kesihatan, boleh bawa maut, boleh buat gugur janin, boleh jadi punca untuk masalah sosial lain, tapi lu yang bergelar doktor dan ahli farmasi juga yang habiskan duit di seven-e beli rokok.

Lu cakap iklan- iklan di tibi tentang krim yang boleh buat muka lu bertukar putih walaupun warna kulit lu memang sejak azali lagi putih sikit dari Rama tak boleh percaya, tapi senyap-senyap lu pegi beli juga.

Lu puas berceramah bebas pada kawan-kawan lu yang jahil agama supaya diorang berubah, tapi lu cerita keburukan diorang pada kawan lu yang lain.

Lu cakap lu telaah buku siang malam, bila exam lu toyol, tapi apa yang lu toyol tu tak masuk exam.

Lu sibuk dengan AUKU lu. Jajan sana sini. Himpun itu ini. Tapi paper lu ada jugak yang repeat lu tak sibuk nak struggle.

Lu cakap lu pandai bahagi masa dengan buat benda berfaedah tapi lu baca jugak blog CABUK ni.


20120208

monolog satu

.Kalau wa pandai, wa dah masuk Oxford

.Kalau wa anak Tan Sri, wa dah sambung degree di oversea, atau mungkin wa beli saja master dari universiti yang gilakan duit bapak wa. 

.Kalau wa Perdana Menteri, mungkin wa tak tulis dah blog ni

.Kalau wa P1 Kimax, mesti rentetan hidup wa macam P1 Kimax gak

.Kalau wa burung, mesti wa tengah gelak-gelakkan manusia dengan agenda politikus negara yang semua saling salah menyalah.

Semua tu kalau. 

Kenapa bukan kalau wa Tuhan. 

Sebab wa adalah diri wa. Wa tetap macam ni. Cukup dengan komplain. 

20120207

Mati kutu

Selamat untuk sambut Hari Thaipusam buat semua pembaca blog wa yang beragama Hindu dan juga untuk lu orang (bukan agama Hindu) yang rasa nak sambut jugak Thaipusam atas dasar pegangan satu Malaysia. Thaipusam diraikan untuk menghormati dewa Murugan dan hari untuk hapus dosa lalu. Wa tak halang lu yang bukan agama Hindu ni nak raikan. Cuma nak bagi lu faham je sebab apa ia diraikan.

 Wa wish sebab nak support pegangan 'satu Malaysia' Pak Najib kita walaupun wa belum tentu nak pangkah beliau. Wa jugak belum tentu nak pangkah pembangkang.  Makin hari makin peliks permainan politikus negara. Mana pandai pancing wa, wa pangkah lu. Tahun pertama wa mengundi. Eksited babi

Dah, wa bukan nak cakap pasal politik, dan bukan nak melucah lagi. Betul. Wa cuma nak lepaskan apa yang wa rasa sekarang.

Wa boring ni. 
Nak pi kebulan, Syeik Muszaphar dah pi,
Nak main badminton, Lee Chong wei dah main,
Nak main bola, tak da orang nak amek wa.
Wa mati kutu


*wa tengok #vanillacoklat jadi trend di twitter. Bagus. Asalkan bukan cerita hantu lagi.

20120206

aku rela dijadikan cover handphone

Aku hanyalah alat. Alat bagi golongan humanoid di zaman kini. Yang menganggap keberadaan aku adalah satu kemestian dalam hidup mereka, satu keperluan dan bukan lagi sebagai satu kemahuan. Mungkin inilah yang di anggap kemajuan bagi golongan sapient kerana mampu mencipta aku di muka bumi ini.

Keberadaan jenis aku di muka bumi bermula lewat 60- an iaitu di negara pengganas yang disanjung dunia masa kini. Tapi wajudnya aku di Tanah Malaya pada lewat 80- an. Dua puluh tahun yang telah membezakan tahap kemajuan kedua-dua negara. 

Aku masih lagi baru dalam dunia ini, aku dikilangkan oleh rakyat tempatan. Sejak kelahiran aku, persaingan menjadi lebih ketat di mana pelbagai jenama lain seperti aku berada di pasaran. Aku bukan sahaja perlu bersaing dengan jenama-jenama lain di pasaran, malah dengan kaum sendiri. Aku perlu pastikan aku di beli untuk menunjukkan aku mampu berkidmat untuk manusia.

Semuanya sudah suratan, aku di takdirkan menjadi milik lelaki berbadan sasa, bermisai nipis dan sedikit berbulu di dada. Dia digelar Mr. M oleh makhluk sepertinya (manusia). Semasa proses jual beli berlangsung, aku di janjikan oleh penjual bahawasanya aku adalah produk terbaru yang tak dapat di tandingi oleh produk-produk lain di pasaran. Kelajuan aku adalah boleh di banggakan jika dibandingkan dengan produk lain di pasaran. Mungkin itu salah satu sebab Mr. M memilih aku berbanding yag lain. 

Kehidupan aku bersama Mr. M nampak bahagia, berjalan lancar. Semua kerja-kerja yang perlu di selesaikannya memerlukan bantuan aku. Aku rasa diri disayangi kerana aku sering di gunakan. Menunjukkan aku ini sangatlah penting dalam hidupnya. Tapi hidup tak selalunya indah (menurut manusia) dan hari-hari malang aku bermula pada setiap hujung bulan hinggalah bulan ketiga aku bersama dengan Mr. M. Makin hari makin aku sedar rupanya Mr. M orangnya panas baran. Dia tidak lagi seperti dulu, kini aku selalu di maki hamun, di hentak- hentak tanda marah kerana aku tak berupaya untuk menolongnya siapkan tugasan hakiki nya. Kelajuan aku bukan lagi di tahap membanggakan. Sehinggalah satu hari, hari yang bermulanya detik hitam dalam hidup aku pabila Mr. M menamatkan khidmat aku dan melekkan aku dalam bakul sampah bersama sampah- sampah lain. Aku ternampak dia telah pun menggunakan jenama lain untuk menggantikan aku. Dari situ aku terfikir, adakah aku puncanya dia terus boikot jenama dari golongan aku? Aku hiba. 

Sekarang aku bukan lagi alat yang di sanjung mereka, sebaliknya hanyalah sebuah kotak kosong yang di anggap sampah dan hanya menunggu masa untuk di lupuskan. Mungkn juga aku akan di recycle dan dijadikan alat lain untuk golongan mausia. Jika aku di jadikan alat lain, aku rela dijadikan cover handphone. Setidak- tidaknya jangka hayat aku mampu hidup selama 6 bulan atau mungkin lebih. Walau bagaimanapun, aku tetap gembira kerana aku dapat berbakti kepada mereka dihayat aku sebagai P1 Kimax.

20120203

moto besar


Ceh. 
Moto punya lah besar! 
Kiri kanan ada box! nak tiru style posmen ka apa!
Ekzos sampai dua, bajet bunyi smooths la lu
Beli mahal-mahal tapi bila hujan kuyup gak.
Kaler putih lak tuh.
Siap ada cermin depan, lu ingat moto polis?
Tayar kecik, macam tayar kancil!
Tuih






Luahan hati orang yang tak mampu.