20120427

Pet baru Budin


Satu pagi jumaat.
Gua pi rumah Budin,  jarak dalam selang tiga biji rumah camtu. Tapi tipikal rumah kampung lah, dua tiga biji rumah tu jarak macam satu block rumah kedai. Sampai ja di rumah, terus gua menonong masuk bilik dia. Mak Kiah ( emak tiri Budin) yang tengah sidai baju sambil berkemban dengan kain batik paras dada gua buat  endah tak endah, malas gua nak usha lebih lebih stok lama ni.

Masuk ja bilik, terbongkang hamba Allah ni atas katil. Sial. Semalam dia beriya iya mintak gua datang rumah sebab nak tunjuk pet dia yang baru ke gua. Budin ni dah kahwin, tapi mana hilang bini dia itu jam gua tak sure, atau mungkin yang tengah bekemban tadi bini dia. Kalau betul tadi bini dia, memang gua telah terlepas pandang satu kecantikan dunia. 
Budin ni macam gua jugak, suka bela binatang. Itu semua mungkin sedikit sebanyak dipengaruhi oleh aliran darah dalam badan gua dan badan dia dimana bapak dia bela kambing dan bapak gua bela lembu dulu.
Sudah gua hentak kepala dia ke dinding dua tiga kali, baru terjaga dek Budin ni dari lamunan mimpi. 
Tak cakap banyak, penampar memang melekat tepat di pipi gua sebaik saja dia bangun, sebagai tanda ucapan terima kasih mngkin.

+ Mana pet yang hang nak tunjuk aku? 
- Sini haa. *sambil angkat cage kecik kaler pink dari bawah katil.

Kami beredar ke ruang tamu. Tak manis sebenarnya nak lepak dalam bilik kelamin ni. 


+Huyoo, bela tikus sekarang noh. Hang jangan over sangat Din, tikus ni orang bunuh, bukan bela dalam sangkar.
-Bodoh natang ni, belajar saja di universiti.Ini Genuine Pig! *Budin cakap dengan postur badan sedikit  tegak, mendada barang kali. Tanda bangga.


+Sure ke ni? *Dahi berkerut. Gua macam tak percaya apa dia cakap.
- Sure ar. Aku baru beli dua hari lepas dengan bini aku. tapi aku rasa bini aku tu takut, sebab dia taknak sentuh langsung. Biasalah, tipikal perempuan. Aku setiap masa belai Ciko (nama Genuine Pig). Makan pon aku letak dedak  atas tapak tangan, dia datang makan. *Berkobar Budin story tentang pet baru dia.

+ Bodoh lah hang ni. Hang tu Islam. Lain kali kalau nak beli binatang tu, tanya aku dulu, bukan nampak kiut ja main sambar. Hang dah kena kencing hang tau dak? Aku ni inggeris tak pandai sangat, tapi kurang kurang aku power dari hang. Tengok pada nama aku dah syak ada yang tak kena.Genuine Pig tu bahasa Orang Kristian, bahasa Melayu nya Babi Asli.. Hang bertobat lah Din. Baik hang pi samak cepat cepat, takut nanti tak sempat solat Jumaat. *Aku rasa aku kena bertegas dengan Din, aku tak mau lagi dia terus sesat.


Budin bangkit dari kerusi, ambil cage dan berlalu perlahan ke dalam bilik kelamin. Tak ada kata kata yang aku dengar. Pintu bilik ditutup kemas.

- Babi!!!! *kuat bunyi Budin sebut, disusuli satu perkataan lain di belakang, tapi aku tak sure bunyi dia antara 'bangang punya kawan' atau 'bengang aku tak tanya kawan'.  Aku rasa dia kata bengang aku tak tanya kawan. Mungkin dia menyesal tak tanyakan aku dulu. Budin Budin~


*why so serious. Chill.

20120425

Occupy Dataran




BANGKIT BANGKIT. 

MAHA SISWA.


Sebagai seorang mahasiswa, secara jujur dan sebenar- benarnya aku setuju kalau betul kerajaan dapat berikan pendidikan percuma, hapuskan PTPTN yang terang-terang sekarang jadi penghubung antara mahasiswa dan pendidikan kepada kebanyakan mahasiswa. Gila apa nak bangkang orang bagi kita belajar free. Tapi hakiki nya hal demikian aku rasa agak mustahil di jalankan di Malaysia. (aku tak kata mustahil).

Universiti macam yang kita semua tahu dianggap sebagai tertier level bagi peringkat pembelajaran. Jadi idea idea yang di bentangkan oleh golongan ini bukan idea kosong, bukan pompang pompang. Dan bila ilmu tu dah makin penuh di dada, masing masing tahu hak masing masing, semua akan mula rebel, sorang sorang keluar ideologi yang ada.

Pendidikan percuma.
Menurut Universal deklarasi hak asasi manusia, artikel 26, semua orang layak untuk belajar, dan kos belajar sepatutnya percuma sekurang-kurangnya untuk tahap pertama (elementary level). 

Kau tengok sendiri lah, dah kalau adik adik kau yang berusia 5 tahun yang belajar di kindergarden pun kena bayar, kepala bana apa kau nak harap dapat belajar free untuk tertier level ni.  Semua orang tahu, golongan mahasiswa ni golongan yang cerdik pandai, tahap IQ bukan calang calang, tapi bila refer pada video di atas balik, aku yang mahasiswa ni pun ragu ragu itu sikap golongan level aku. 

Aku bukan pro kerajaan dan bukan pro pembangkang.
Ada jugak certain hal yang kerajaan buat aku rasa secara peribadinya macam gampang, tapi bila mahasiswa buat occupy dataran macam ni dengan wujudkan cause supaya ramai lagi mahasiswa join, nampak ideologi lebih ke arah pembangkang. Sudahlah sebelum tu pembangkang dah ishtiharkan PTPTN akan hapus jika PRu akan datang mereka menang. Secara logik akalnya, semua orang akan nampak sedikit sebanyak ia ada kaitan dengan pembangkang. Bak kata Nami, cuba jadi macam Ultras Malaya. Diorang terang terang buat cause yang anti pada FAM. Dan cause diorang berjaya dengan dapat menarik lebih ramai orang untuk turut serta, tak kira lah kau pangkah kati ka, kau pangkah bulan ka, kau pergi stadium sepanjang hayat hanya sekali ka, dan mereka berjaya buat ramai orang nampak apa mereka rebel kan.


* Chill guys, don't be so serious. Kalau nak buat rebel sekali pun, cuba buat cause betul betul atas sebab pendidikan, jangan guna politik.   


wordless wednesday #3

Total kredit to Sokerleaks

Jangan campur sukan rakyat. Ini saja kami ada. Pergi main golf, woodball atau polo.
*nampak extreme but this is truth.


20120417

tekad

Hah!
Aku tak peduli lagi. Kali ni aku tekad. Walaupun aku yakin makin hari makin tak ada umat manusia yang baca apa aku tulis, aku tetap tekad dengan pendirian aku. Aku tetap nak update ini hari. Jari tangan aku dah menggeletar nak ketik ketik keyboard. Entri maha power dah habis magik.

Hahahaha.

suka buat kerja bodoh, bodoh.

20120407

pecut punya cerita

Ini cerita silam gua. Cerita masa zaman zaman gua gemilang habis bergelar budak kampung.
Cerita ni live dalam 15 tahun lepas. Masa zaman gua berumur 7 tahun macam tu.
Pesen zaman ni, bila dapat bercakap dengan awek ja, terus gua declare tu awek gua. Lain entri gua cerita bab tu.

Kali ni gua nak story tentang kisah gua jadi kaki pecut. Hebat gua bukan calang calang time tu, kedai kedai runcit area Batu Tiga memang yang mana ada jual tora, ding dang, cikedis aladin,dengan kopok tikam semua jadi sasaran gua.

Ni semua salah televisyen. Tiap kali ada iklan, mesti tunjuk mainan baru, lu cuba bayangkan lah, time tu jiwa budak mana yang tak meronta bila tengok mainan baru ada jual di kedai. Gua ni pulak jenis bila hati dah kata nak, gua buat sampai dapat gak, pesen anak bongsu gamaknya. Salah mak gua lah ni, tak bagi gua adik. Hish

Balik ke misi utama gua, gua time tu dah hentak hentak kaki, dah buat semua acting untuk mintak ayah gua belikan gua tora, tapi tak dapat dapat. Siap kena ceramah free lagi. Ayah gua kalau ceramah, boleh menanah telinga jadinya. Point point dia memang talu talu macam kena mesigan. Nak mintak kat mak gua? Memang alasan sama, mak-mana-ada-duit-kalau-nak-pi-mintak-kat-ayah.

Dipendekkan cerita, satu sen pun gua memang tak dapat. Tapi setan time tu memang kemain lagi pujuk gua. Gua pun ikut jugak setan punya idea. Pecut.

Petang tu, gua ambik basikal raleigh gua, gua kayuh laju laju pi ke kedai india muslim. Laju dia time tu takyah cerita lah, bontot sampai tak cecah seat, sambil berdiri gua kayuh, badan bongkok ala ala cyclist pro.
Sampai ja di kedai, gua park basikal tepi pagar. Gua usha usha dalam kedai, nampak ada sorang pelanggan ja. Mak cik india muslim pulak time tu sibuk layan pelanggan tadi. Line clear.

Gua nampak sasaran gua, gua masuk senyap-senyap, peluh itu jam memang macam baru lepas mandi. Gua seluk dalam plastik-beg-besar-yang-dalamnya-ada kotak tora, gua ambik. Satu ja gua ambik. Sebab gua tak mau bagi syak. Dapat ja satu kotak tora, gua terus lari laju tak patut patut. Sampai kat tempat park basikal, gua tengok takda sapa pun yang kejar gua. Fuhh. Gua berjaya lolos lagi. Puas.
Itu jam jugak gua bukak kotak tora. 

Babi!
Perkataan pertama gua lepas tengok mainan yang gua dapat. Kalau lu orang nak tau, time tu mainan dalam tora tak semua yang kita nak kita dapat, kadang kadang dapat yang memang macam nokhorom punya mainan. Dan mainan yang gua dapat itu jam memang betul betul nokhorom.

Dah di sebabkan plan gua tadi berjalan dengan jayanya, gua try kali kedua. Gua buat adegan macam tadi, senyap senyap gua masuk, gua tengok tak da siapa di kaunter, mungkin mak cik india muslim tu pegi stor lah kot. Gua ambik, gua goncang goncang seket kotak tora, gua pilih yang agak berat berat seket, baru gua angkat. 

Papppp!
Satu tangan aneh kemas pegang lengan kecik gua. Itu jam jugak jantung ni kemain lagi kencang degup. Peluh yang kering entah dari mana berdecit keluar. Gua tak pandang muka orang yang pegang lengan gua, gua tak mau dia nampak jelas muka gua itu jam, bengap punya idea yang dapat gua pikit masa tu.

Terus gua rentap kuat kuat lengan gua, kotak tora jatuh ke lantai, gua lari ke seberang jalan tempat gua park  basikal, terus gua pecut laju. Macam nak ter kencing pun ada itu jam. Nebes tahap maksima.

Dan sampai ke hari ni, gua tak pernah masuk ke kedai tu lagi. Ya, Sampai sekarang. Nak kata serik tu tidak, sebab gua pernah buat tempat lain gak, tapi dah kantoi di situ, memang gua tak jejak situ dah. Nanti gua ada anak, gua tak mau anak gua beli barang di kedai tu. Gua takmau pisang berbuah dua kali. Pasti.

20120403

tag per-satu


Akhirnya ada jugak yang sudi main tag dengan wa. Tag pertama tama kali ni wa dapat dari wawa

Soalan dia ke wa: 





1) Buka folder Picture dalam PC anda. Pilih album folder ke 3. Upload gambar ke-7 dalam folder tu.
Dan sila describe mengenai gambar itu.
Senang kan? tak payah panjang.





-picture dari folder picture wa. Nak describe menda pon wa tak sure, pihak ASUS yang masukkan picture ni dalam laptop wa. Mungkin mereka mereka ingat wa zoo keeper. entahlah. malas wa nak pikir. 





2) Amek gambar beg yang anda bawak pergi kelas/kerja. dan senaraikan barang-barang yang ada di dalam tu.



   - kalkulator saintifik
   - kotak pensil
   - lighter spare
   - note pad


3)Siapa yang terlintas di fikiran korang skrang?(ye ,saat ini !)
-siapa merujuk kepada orang. Jadi wa masih tercari cari imej manusia yang pecut wa punya lighter. faking sitt!


4)Siapa member korang yang kacak/lawa yang single? letak link FB die. (hahaha)
-membe wa yang single arip porniak [sapa cakap dia kacak, wa sepak dia] *serius


5)Kalau ada peluang, siapa makhluk bumi ni yang korang nak belanja pergi USS (Universal Studio Singapore) 
- Pergh, kau punya soalan wawa. Wa tak pernah niat pon nak pegi sana. 


6)Senaraikan contact name 5 number terakhir dalam phonecontact korang(nama je, no fon tak payah)
-zul
-zul maxis
-zairil
-zairil maxis
-vivid toretto


7)senaraikan 5 tajuk novel yang paling best pernah korang baca
- zombijaya
- awek chuck taylor
- kontrol histeria
- kaugar
- heroin


8) Crush pertama korang?
-nur ajeerah adnan


9)Crush terakhir korang?
-nuranisah roduan


10) Komen anda tentang orang yang tag anda untuk jawab tag ni.(tidak melebihi 50 muka surat sulit)
-Wa tahu yang wa pasti, dia perempuan. Orang kelantan yang rantau ke KL. Impiannya nak tengok wa sampai kl belum tercapai gamaknya. :P 
Jenis awek yang nak balak pesen dari engineer. Wa syak dia masih single, so kalau lu rasa lu dah cukup power, lu try ayat dia. Twitter tu wa rasa dah macam budu bagi dia. Hari hari hadap.
Last, dia baik.














*wa tipu yang last tu
*siapa yang nak buat, teruskan. nanti wa kompen lawat lu. 
*siapa yang ada lagi entri tag, tag ke wa. Wa sangap nak main tag entri ni.