20120206

aku rela dijadikan cover handphone

Aku hanyalah alat. Alat bagi golongan humanoid di zaman kini. Yang menganggap keberadaan aku adalah satu kemestian dalam hidup mereka, satu keperluan dan bukan lagi sebagai satu kemahuan. Mungkin inilah yang di anggap kemajuan bagi golongan sapient kerana mampu mencipta aku di muka bumi ini.

Keberadaan jenis aku di muka bumi bermula lewat 60- an iaitu di negara pengganas yang disanjung dunia masa kini. Tapi wajudnya aku di Tanah Malaya pada lewat 80- an. Dua puluh tahun yang telah membezakan tahap kemajuan kedua-dua negara. 

Aku masih lagi baru dalam dunia ini, aku dikilangkan oleh rakyat tempatan. Sejak kelahiran aku, persaingan menjadi lebih ketat di mana pelbagai jenama lain seperti aku berada di pasaran. Aku bukan sahaja perlu bersaing dengan jenama-jenama lain di pasaran, malah dengan kaum sendiri. Aku perlu pastikan aku di beli untuk menunjukkan aku mampu berkidmat untuk manusia.

Semuanya sudah suratan, aku di takdirkan menjadi milik lelaki berbadan sasa, bermisai nipis dan sedikit berbulu di dada. Dia digelar Mr. M oleh makhluk sepertinya (manusia). Semasa proses jual beli berlangsung, aku di janjikan oleh penjual bahawasanya aku adalah produk terbaru yang tak dapat di tandingi oleh produk-produk lain di pasaran. Kelajuan aku adalah boleh di banggakan jika dibandingkan dengan produk lain di pasaran. Mungkin itu salah satu sebab Mr. M memilih aku berbanding yag lain. 

Kehidupan aku bersama Mr. M nampak bahagia, berjalan lancar. Semua kerja-kerja yang perlu di selesaikannya memerlukan bantuan aku. Aku rasa diri disayangi kerana aku sering di gunakan. Menunjukkan aku ini sangatlah penting dalam hidupnya. Tapi hidup tak selalunya indah (menurut manusia) dan hari-hari malang aku bermula pada setiap hujung bulan hinggalah bulan ketiga aku bersama dengan Mr. M. Makin hari makin aku sedar rupanya Mr. M orangnya panas baran. Dia tidak lagi seperti dulu, kini aku selalu di maki hamun, di hentak- hentak tanda marah kerana aku tak berupaya untuk menolongnya siapkan tugasan hakiki nya. Kelajuan aku bukan lagi di tahap membanggakan. Sehinggalah satu hari, hari yang bermulanya detik hitam dalam hidup aku pabila Mr. M menamatkan khidmat aku dan melekkan aku dalam bakul sampah bersama sampah- sampah lain. Aku ternampak dia telah pun menggunakan jenama lain untuk menggantikan aku. Dari situ aku terfikir, adakah aku puncanya dia terus boikot jenama dari golongan aku? Aku hiba. 

Sekarang aku bukan lagi alat yang di sanjung mereka, sebaliknya hanyalah sebuah kotak kosong yang di anggap sampah dan hanya menunggu masa untuk di lupuskan. Mungkn juga aku akan di recycle dan dijadikan alat lain untuk golongan mausia. Jika aku di jadikan alat lain, aku rela dijadikan cover handphone. Setidak- tidaknya jangka hayat aku mampu hidup selama 6 bulan atau mungkin lebih. Walau bagaimanapun, aku tetap gembira kerana aku dapat berbakti kepada mereka dihayat aku sebagai P1 Kimax.

9 comments:

CallMe-NW said...

3 bulan je?? tak iklas betol ko berbakti

Anonymous said...

-Wawa.Wafiyyah: wa simpati dgn dia...huhuhuhu

Niza Romli said...

aloh, kejap sgt je boleh tahan. promot kemain lagi sampai masuk tb nuu...huh, nasib la... :P

cik ungu said...

ini sejarah yg sangat kompliketed. -.-

Encik Fikhri said...

wow tige bulan dah buang?mungkin ko tak tolong pesan kat mr.M kot,yang die dah habis limit.memang tak laju pon kalo abeh limit.noob nye mr.M.haha

anis madu said...

penat nak baca. panjang sangat karangan lu ni. wa cakap jujur ni. haha

Fariehan Ibrahim said...

konfius plak wa baca en3 lue nie..
*lampi sket. -,-

nine said...

panjang lak entry lu kan.

missya ツ said...

ape punye bengong nye Mr.M tuhh? =,='