20120126

5 sentimeter

Aku bukanlah dari keturunan yang dipandang tinggi bagi golongan manusia. Mungkin kerana aku tidak dibeli di sekitar butik-butik mahupun kedai bundle dan juga kedai 1 Malaysia. Mungkin, tahla. Akan tetapi, suatu yang pasti bagi golongan manusia yang wujud di zaman modenisasi ini ialah mereka sangat memerlukan diriku. Boleh kata hampir semua golongan manusia tak kira dari golongan bawahan yang selalu di tekan hinggalah ke golongan vvip yang selalu menekan. Mungkin.

Tapi keberadaan aku di satu-satu tempat boleh dianggap kurang menyenangkan bagi sertain golongan mengikut sertain masa kejadian. Yang pasti, golongan yang sememangnya bencikan aku adalah golongan rempit. Ya, rempit. Golongan yang bagi aku sangat unik kerana mempunyai kemahiran untuk mengubah suai motosikal yang  mempunyai had maksima kelajuan 110 km/ jam meningkat sehingga 220 km/ jam. Mungkin engineer Honda dari Jepun pon akan kagum dengan kemahiran anak tempatan Tanah Melayu. Mungkin.

Kenapa golongan ini tidak menyukai aku? Apa yang pasti, kekuatan yang aku ada melebihi kekuatan lampu traffik yang punyai tiga warna yang sememangnya aku fikir golongan ini tidak tahu makna ketiga-tiga warna itu dan apa tindakan pabila setiap warna bertukar. Jika ada aku di situ, maka tidak adalah lumba haram di sekitar kawasan itu.

Golongan kedua yang sememangnya tidak menyukai aku adalah golongan yang rushing untuk ke destinasi. Rushing di sini mungkin rushing untuk ke tempat kerja, ambulans yang sedang bawa pesakit dengan kelajuan optima, budak sekolah yang bergegas balik untuk tonton kartun dari produksi tempatan dan juga kau yang tengah tahan kencing dan perlu bergegas balik untuk ke tandas. 

Selalu aku di maki hamun golongan-golongan ini. Aku tak berniat untuk melewatkan mereka ke destinasi, aku hanya menjalankan tugas hakiki ku yang tidak diberi sebarang ganjaran seperti golongan manusia. Aku berada disitu atas kehendak penduduk setempat dan aku pasrah dengan apa yang timpa diriku. Panas, petir, hujan, motosikal, fixie, lori yang bawa gas, kereta waja. Semuanya. 

Kerana aku hanyalah bonggol jalan setinggi 5 sentimeter.


11 comments:

NURZAFIRAH ZULKEPLY said...

ape kau merepek ni setan??hahahah

Syaa said...

sempat lg hupdate magrib2 ni kn. btw, nice blog. aku pon benci bonggol...

anis madu said...

wa dah lama tak baca karangan macam ni. last wa baca karangan autobiografi ni time darjah 6 dulu.

wa selaku cikgu bm takde tauliah bagi markah karangan lu ni 75%. tingkatkan usaha anda!

hehehe. panjang pulak wa komen.

Encik Fikhri said...

aku lak bagi markah sikit lagi nak A..bagi ko 79 sudah la..aku benci siak bonggol.rase nak sodok je bonggol2 yang ade kat jalan.

ape pon nice entri.mesti skolah dulu2 slalu dpt anugerah dekan subjek BM penulisan ni kan.haha

abdol said...

@NURZAFIRAH ZULKEPLY: wa try cungkil bakat dalam karangan lak..heh

@Syaa: haha.. tenkiu mrs. apek.

@anis madu: kadah apa lu komen panjang2 ni.. lu nk buat entri baru kat komen wa ke..hah

abdol said...

@Encik Fikhri: haha.. lu mmg buddy wa la bro...

Niza Romli said...

ceh! bonggol rupanya!! ahaha





entry semua best..masuk bloglist. salam kenal :)

err..klu boleh la..mintak buang 'word verification' kat kotak komen ni ye tuan tanah..sbb nak komen cepat2, takut bos nampak. hehe

syafiqakarim said...

hahah aku suka.lagi laju aku bawak bila jumpa bonggol.pastu semua tpelanting.pastu kena maki.fine -.-

abdol said...

@Niza Romli: ahaha.. tenkiu cik kak.. wa pon tatau yg w ada word verification tu...

@syafiqakarim: lu memang hardcore. patah rim tayar lu..

eszyamin said...

HAHA..SEB BEK ENTRI PENDEK..TERPINGA2 JUGAK APA BENDA 5 SNTIMTER NI KN? GIGIH JUGAK HABISKN PEMBACAAN..NICE LAH..

[ wanni ] said...

beria baca ni, rupanya bonggol tak bersalah!

Salam perkenalan :D