20120425

Occupy Dataran




BANGKIT BANGKIT. 

MAHA SISWA.


Sebagai seorang mahasiswa, secara jujur dan sebenar- benarnya aku setuju kalau betul kerajaan dapat berikan pendidikan percuma, hapuskan PTPTN yang terang-terang sekarang jadi penghubung antara mahasiswa dan pendidikan kepada kebanyakan mahasiswa. Gila apa nak bangkang orang bagi kita belajar free. Tapi hakiki nya hal demikian aku rasa agak mustahil di jalankan di Malaysia. (aku tak kata mustahil).

Universiti macam yang kita semua tahu dianggap sebagai tertier level bagi peringkat pembelajaran. Jadi idea idea yang di bentangkan oleh golongan ini bukan idea kosong, bukan pompang pompang. Dan bila ilmu tu dah makin penuh di dada, masing masing tahu hak masing masing, semua akan mula rebel, sorang sorang keluar ideologi yang ada.

Pendidikan percuma.
Menurut Universal deklarasi hak asasi manusia, artikel 26, semua orang layak untuk belajar, dan kos belajar sepatutnya percuma sekurang-kurangnya untuk tahap pertama (elementary level). 

Kau tengok sendiri lah, dah kalau adik adik kau yang berusia 5 tahun yang belajar di kindergarden pun kena bayar, kepala bana apa kau nak harap dapat belajar free untuk tertier level ni.  Semua orang tahu, golongan mahasiswa ni golongan yang cerdik pandai, tahap IQ bukan calang calang, tapi bila refer pada video di atas balik, aku yang mahasiswa ni pun ragu ragu itu sikap golongan level aku. 

Aku bukan pro kerajaan dan bukan pro pembangkang.
Ada jugak certain hal yang kerajaan buat aku rasa secara peribadinya macam gampang, tapi bila mahasiswa buat occupy dataran macam ni dengan wujudkan cause supaya ramai lagi mahasiswa join, nampak ideologi lebih ke arah pembangkang. Sudahlah sebelum tu pembangkang dah ishtiharkan PTPTN akan hapus jika PRu akan datang mereka menang. Secara logik akalnya, semua orang akan nampak sedikit sebanyak ia ada kaitan dengan pembangkang. Bak kata Nami, cuba jadi macam Ultras Malaya. Diorang terang terang buat cause yang anti pada FAM. Dan cause diorang berjaya dengan dapat menarik lebih ramai orang untuk turut serta, tak kira lah kau pangkah kati ka, kau pangkah bulan ka, kau pergi stadium sepanjang hayat hanya sekali ka, dan mereka berjaya buat ramai orang nampak apa mereka rebel kan.


* Chill guys, don't be so serious. Kalau nak buat rebel sekali pun, cuba buat cause betul betul atas sebab pendidikan, jangan guna politik.   


9 comments:

Niza Romli said...

laa..hatni blog mana pulak?

ubi snida said...

ni jani. obi dah meninggal. anggap ja jani tolong terus tulis dalam ruang sini :)

Niza Romli said...

Nuu yang satu eskapism tu pun takdak dah ka? takdak kalu nak hantaq pi kuboq ja, dok layout saja ja kt bloglist...hihiii

ubi snida said...

boleh buang dah blog tu kak oi. :)

Dkna Abza said...

dkna tetap terikat dngn ptptn dan start tahun depan gj akan ditolak sbb nak byr ptptn walopon masih da baki 2 semester tuk habiskan pengajian.. kalau ptptn dihapuskan, alhamdulilah...tapi kalo sape yang tak nak terikat dengan hutang ptptn tak payah wat pinjaman, pakai duit sendiri tuk study, dah habis nanti dapat keje, gaji besar, hutang x de..hidup senang :p

ubi snida said...

adylia qarissa- ha ah kan...aku degree x ambik ptptn. kena lah saving dah kalau harap duit mak bapak..

amrlaqm said...

wahai saudara jani, adakah kita ini saling mengenali antara satu sama lain?

amrlaqm said...

hang ka obi?
patutlah macam kenal.. hahaha

brpa puluh kali ang nk tukar nma?
hahahaha

El said...

kau nak join balik tak?